BILA IRWANSYAH DEDAH ISTERI SELALU MINTA CERAI SEPANJANG 10 TAHUN KAHWIN

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansyah mengakui sepanjang melayari alam perkahwinan yang kini hampir memasuki 10 tahun, dia dan isterinhya, Zaskia Sungkar berdepan pelbagai cabaran sepanjang melayari alam perkahwinan.

Menerusi laporan HotDetik, Irwansyah mendedahkan mereka sering bergaduh dan isterinya itu bersikap seperti kanak-kanak malah sering kali meminta untuk berpisah.

“Oh dia childish sangat! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi. Selalu dia (Zaskia Sungkar) cakap dengan saya mahu cerai… mau cerai!

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Usia sangat mempengaruhi… dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak gaduh kerana masalahnya itu-itu sahaja,” kata Irwansyah semasa ditemubual Ashanty dalam laman YouTube.

Berkongsi perkembangan kandungan isterinya, Irwansyah yang berkahwin pada 15 Januari 2011 itu berkata dia dan isteri sudah mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata sulung mereka itu. Ujarnya lagi, mereka kini sedang mengubahsuai bilik untuk anak.

“Teruja sangat, tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali. Yang kecoh bukan sebab nak berbelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa!” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

NAFI CURANG – NADIA BRIAN SUDAH TAWAR HATI, MOHON SUAMI LAFAZ CERAI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker