Negara Bersedih Pemergian Bonda Najib Razak
Seluruh negara dilanda kesedihan apabila Ibunda Dato Sri Najib Razak meninggal dunia petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court pada jam 4.30 petang.
Cuaca redup diselangi hujan renyai menambah kesedihan rakyat apabila jenazah isteri Perdana Menteri Ke-2 Malaysia diusung oleh anak-anaknya.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Sultan Perak turut mencemar duli menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir. Sebelum itu malam semalam Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong turut mencemar duli berkunjung ziarah di kediaman Allahyarhamah di Jalan Eaton. Pemimpin negara turut kelihatan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah. Rakyat yang turut berkongsi kesedihan Najib meluahkan rasa simpati serta ucapan takziah di media sosial sejak dari semalam. Turut kelihatan hadir ialah Tun Mahathir Mohammad.
Semoga roh Allahyarhamah Tun Rahah dicucuri rahmat Allah.
NAJIB RAZAK DARI MATA RAKYAT BIASA