Enggan Bayar Saham, Guna Taktik Kotor Jatuhkan Imej Perniagaan Mangsa

Guna Taktik Kotor Jatuhkan Imej Usahawan, Master ‘Feng-Shui’ Berdepan Laporan Polis

Scammer

Seorang pengamal ‘Feng-Shui’ dikenali sebagai Master Yap Chai Sang berdepan laporan polis terhadap dirinya. Dalam laporan tersebut jelas pengadu menamakan Dr Yap Chai Sang telah menggunakan suntingan perbualan yang dirakam secara sembunyi bagi memburukkan imej seorang usahawan lain.

Scammer



Dalam laporan tersebut pengadu menjelaskan bagaimana Dr Yap telah menggugut untuk menjatuhkan reputasi perniagaan sebuah syarikat milik pengadu. Penyebaran video serta suara rakaman yang telah disunting tersebar luas di kalangan kaum Cina di Malaysia. Taktik sebegini hampir menyamai taktik ‘Macau Scam’ yang menggunakan biodata serta maklumat peribadi seseorang bagi memeras ugut pelabur atau orang perseorangan agar mengikuti kehendak ‘Scammer’.

scammer

Menurut pengadu, Dr Yap juga sering memperkenalkan dirinya sebagai ‘Dato’ bagi menyakinkan orang ramai menggunakan khidmatnya selaku ‘Master Feng-Shui’. Bagaimanapun dari mana Yap mendapat pingat kebesaran bagi membolehkan beliau menggunakan gelaran ‘Dato’ sangat meragukan.

Mengejutkan sekali apabila beberapa foto beliau bersama ahli politik mendapat kecaman dari kumpulan ‘Anti Scammer’ dan menyatakan individu tersebut (Yap Chai Sang) turut terlibat dalam beberapa ‘Skim Cepat Kaya’ di luar negara seperti Thailand dan Filipina. Sejauh mana dakwaan tersebut belum dapat disahihkan.



Antara ‘Skim Cepat Kaya’ yang telah memperdaya orang ramai ialah – Bookcoin, Richmore dan banyak lagi. Negara juga telah dikejutkan dengan penahanan Ady Kana dan Alvin Goh yang didakwa terlibat dalam gerakan ‘Macau Scam’.

SCAMMER GUNA TAKTIK TULAR VIDEO PALSU UNTUK MENGGUGUT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button