Aleix Espargaro sekat kemenangan Bagnaia di Silverstone

Aleix Espargaro sekat kemenangan Bagnaia di Silverstone

Aleix Espargaro sekat kemenangan Bagnaia di Silverstone
PELUMBA Aprilia Racing, Aleix Espargaro meraikan kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Britain di litar Silverstone hari ini

SILVERSTONE – Aleix Espargaro membuktikan dia masih lagi berbisa selepas melakar kemenangan pertamanya musim ini di Grand Prix (GP) British selepas berjaya mengatasi pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di Litar Silverstone sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia dilihat tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan keduanya di Silverstone selepas mendahului perlumbaan itu dengan baik.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila hujan mula membasahi Litar Silverstone pada penghujung perlumbaan dan membuatkan Bagnaia yang ketika itu mendahului perlumbaan terpaksa mengambil pendekatakan berhati-hati agar tidak melakukan sebarang kesilapan.



Aleix Espargaro sekat kemenangan Bagnaia di Silverstone
ALEIX Espargaro memecut laju bersama jentera Aprilia di Grand Prix British.

Peluang tersebut digunakan Espargaro apabila berjaya memintas Bagnaia di penghujung perlumbaan dan mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini bersama pasukan Aprilia.

“Perlumbaan hari ini sungguh gila dan ketika itu saya benar-benar rasa sangat baik dengan jentera biarpun memulakan perlumbaan di petak ke-12.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




“Pusingan terakhir sangat dramatik dan saya menunggu peluang terbaik untuk memintas Bagnaia walaupun ketika itu beberapa pelumba dibelakang mula mengekori rapat,” kata Espargaro.

 

Sementara itu, pelumba Afrika Selatan, Brad Binder menghadiahkan podium tempat ketiga buat KTM selepas berjaya memintas pelumba CryptoDATA RNF, Miguel Oliveira pada penghujung perlumbaan.

Biarpun Bagnaia gagal meraih kemenangan di Silverstone, namun pelumba Itali itu terus menjarakkan kedudukan dalam carta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dengan mengumpul 214 mata dan meninggalkan pencabar terdekatnya, Jorge Martin (Pramac Racing) dengan perbezaan 41 mata. -KOSMO! ONLINE



Aleix Espargaro sekat kemenangan Bagnaia di Silverstone


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading