Polis tahan lelaki tembak pekerja pembersihan guna senjata tiruan

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan lelaki tembak pekerja pembersihan guna senjata tiruan
Kecederaan dialami seorang pekerja pembersihan selepas dipercayai ditembak menggunakan senapang tiruan dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Luyang kelmarin.

Seorang lelaki ditahan polis apabila disyaki menembak pekerja pembersihan menggunakan senapang tiruan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah taman perumahan di Luyang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu, suspek dikatakan menembak mangsa berusia 23 tahun yang sedang berehat bersama dua rakan lain selepas melakukan kerja momotong rumput.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mangsa secara tiba-tiba mendakwa berasa sakit di bahagian lengan kanan dan berlaku pendarahan.

“Mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan berikutan semasa kejadian bunyi persekitaran bising dengan mesin rumput.

“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di badan serta lengan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim memaklumkan pihak polis sudah menahan seorang lelaki dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri di bilik suspek.



Menurut beliau, suspek berusia 22 tahun terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button