Lapan motosikal disita, 55 disaman pada malam ambang merdeka

Lapan motosikal disita, 55 disaman pada malam ambang merdeka

Lapan motosikal disita, 55 disaman pada malam ambang merdeka
Pemeriksaan polis dalam operasi khas malam ambang merdeka oleh polis Ampang Jaya, kelmarin. Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Lapan motosikal disita dan 55 saman dikeluarkan menerusi Operasi Khas Cegah Jenayah Ambang Merdeka dan Operasi Samseng Jalanan 2023 sekitar Ampang dekat sini, kelmarin.

Operasi bermula jam 9 malam berakhir jam 2.30 pagi itu dijalankan di Jalan Bunga Raya, Taman Kencana; Jalan Ampang; Jalan Putra, Bukit Ampang Saujana dan Lebuhraya SUKE.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata operasi bertujuan mengesan dan mencegah aktiviti tidak sihat dalam kalangan pengguna motosikal dalam semangat meraikan ambang Merdeka tahun ini.



“Hasil kedua-dua operasi itu, sebanyak 55 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, antaranya tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan melanggar lampu merah.

“Kita turut menyita lapan motosikal dan dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk proses dokumentasi dan proses panggil pemilik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua motosikal terbabit disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya akan meneruskan operasi penguatkuasaan seumpama ini pada bila-bila masa.



“Ini bagi memastikan semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas yang ditetapkan,” katanya.

Lapan motosikal disita, 55 disaman pada malam ambang merdeka


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading