American Airlines mulakan semula penerbangan komersial Boeing 737 Max


Photo: usage Worldwide

30/12/2020 11:02 AM

SAN FRANCISCO, 30 Dis — American Airlines pada Selasa memulakan semula penerbangan Boeing 737 Max membabitkan perjalanan dari Miami ke New York, penerbangan komersial pertama selepas hampir dua tahun perkhidmatan pesawat itu digantung di seluruh dunia.

Pesawat 718 membawa kira-kira 100 penumpang dan mendarat pada Selasa petang di Lapangan Terbang LaGuardia, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap syarikat penerbangan.



Boeing 737 MAX digantung perkhidmatannya sejak awal Mac tahun lalu, berikutan banyak bukti menunjukkan masalah perisian kawalan penerbangan menjadi punca kepada dua nahas udara dalam tempoh kurang setahun.

Selepas operasi disambung semula, syarikat itu dijadualkan mengadakan perkhidmatan penerbangan pergi balik dari Miami ke New York sehingga 4 Januari.

Syarikat itu dijangka “secara berperingkat akan memperkenalkan semula lebih banyak pesawat 737 MAX sepanjang Januari, dengan sehingga 36 penerbangan dari hub Miami.”

Penumpang semua penerbangan Max Amerika akan dimaklumkan terlebih dahulu, dengan diberi pilihan penempahan semula, kata American Airlines.



“Jika pelanggan enggan terbang dengan 737 MAX, mereka tidak perlu … Kami akan memberikan fleksibiliti untuk memastikan mereka boleh melakukan perjalanan dengan pesawat lain,” kata syarikat itu.

El Al Israel Airlines lancar penerbangan terus pertama ke Maghribi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button