Colorado kesan kes pertama babitkan varian baharu COVID-19

30/12/2020 11:30 AM

WASHINGTON, 30 Dis — Colorado, Amerika Syarikat (AS) mengesan kes pertama membabitkan varian baharu virus COVID-19 yang awalnya dikesan di United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik, memetik Gabenor Jared Polis.

“Hari ini kami mengesan kes pertama varian COVID-19 B.1.1.7 di Colorado, varian yang sama ditemui di UK,” kata Polis dalam satu kenyataan pada Selasa.



“Kesihatan dan keselamatan penduduk Colorado adalah keutamaan kami dan kami akan memantau dengan teliti kes ini.”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button