Sejak krisis 2017, akhirnya Qatar, Mesir kembali ke meja rundingan

24/02/2021 03:25 PM

DOHA, 24 Feb — Akhirnya selepas lebih tiga tahun, Qatar dan Mesir pada Selasa mengadakan rundingan pertama di Kuwait untuk memulihkan kembali hubungan apabila negara-negara Arab yang memboikot Qatar bersetuju mengakhiri konflik dengan Doha pada sidang kemuncak Arab Saudi, awal Januari lalu, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut Agensi Berita Qatar, mesyuarat itu membincangkan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperkuat kerjasama dan hubungan dua hala, serta untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam memastikan keselamatan dan pembangunan yang stabil.



Kedua-dua negara mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Teluk, serta Kuwait atas usahanya untuk mengatasi perpecahan dan menggalakkan kerjasama negara-negara Arab.

Sebelum ini, perwakilan Emiriah Arab Bersatu dan Qatar juga mengadakan rundingan di Kuwait bagi memulihkan kembali hubungan yang terputus pada 2017 apabila negara-negara Arab mendakwa Doha menyokong keganasan.

Sumber : BERNAMA

Thailand panggil Duta Mesir, tentera gagal patuhi kuarantin




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading