3 ditahan menyamar sebagai polis, peras wang warga asing

3 ditahan menyamar sebagai polis, peras wang warga asing

3 ditahan menyamar sebagai polis, peras wang warga asing

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis dan memeras wang RM500 daripada dua beranak warga asing di Taman Permai Jaya, Ampang, dekat sini, Rabu lalu.

Suspek warga tempatan berusia 34, 35 dan 42 tahun itu diberkas pada Jumaat lalu dalam serbuan berasingan bermula jam 10.45 pagi di Tasek Permai; Taman Sri Intan, Lembah Jaya Selatan; dan Ampang Campuran, Ampang.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata hasil siasatan mendapati kes itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika pengadu yang berusia 21 tahun berada di rumah bersama bapanya.

Beliau berkata, pengadu yang bekerja sebagai pekerja pendawaian mendakwa bahawa mereka didatangi tiga lelaki tidak dikenali dengan seorang daripadanya memperkenalkan diri kononnya anggota polis dari Shah Alam.

“Suspek kemudian meminta sejumlah wang. Disebabkan takut, bapa pengadu berusia 50 tahun menyerahkan wang RM500 dan kumpulan suspek itu terus beredar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, hasil siasatan mendapati seorang daripada suspek terbabit bekerja sebagai pekerja pendawaian, manakala dua lagi adalah penganggur.

“Kita turut merampas tiga telefon bimbit, dan hasil semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.

“Mereka kini direman empat hari hingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan pemerasan, dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya



3 ditahan menyamar sebagai polis, peras wang warga asing




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading