YouTuber ‘cakap tak serupa bikin’

YouTuber ‘cakap tak serupa bikin’

YouTuber 'cakap tak serupa bikin'
RUBY Franke berdepan enam pertuduhan berhubung penderaan kanak-kanak. FOTO Agensi

Salt Lake City, Amerika Syarikat: Bekas vlogger , pengendali saluran YouTube popular yang selalu berkongsi nasihat keibubapaan, didakwa atas kes penderaan kanak-kanak.

Metro UK melaporkan ibu kepada enam anak, Ruby Franke, 41, dan rakan perniagaannya, Jodi Hildebrandt, ditangkap selepas anak vlogger itu melarikan diri dari rumahnya di Utah.

Kedua-dua wanita itu didakwa dengan enam pertuduhan berhubung penderaan kanak-kanak dan ditahan tanpa kemungkinan diikat jamin.

Anak lelaki Franke yang berusia 12 tahun dikatakan memanjat keluar dari tingkap rumah Hildebrandt dan berlari ke rumah jiran untuk meminta makanan dan air, kata polis.

Jiran itu menghubungi 911 selepas menyedari budak lelaki itu kelihatan kurus kering, kelihatan mengalami luka dan mempunyai kesan diikat pada pergelangan tangan dan buku lali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?


Dia dibawa ke hospital kerana ‘luka yang dalam akibat diikat’ dan ‘kekurangan zat’, kata polis.

Anak perempuan Franke yang berusia 10 tahun, kemudian ditemukan dalam keadaan yang sama dan turut diberi rawatan perubatan.

Waran geledah diperoleh, dan polis menemukan bukti ‘selaras dengan tanda penderaan’ yang ditemukan pada kanak-kanak itu dan menangkap Franke dan Hilderbrandt.

Empat kanak-kanak kemudiannya dibawa ke dalam jagaan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak, kata polis.

Saluran YouTube dikendalikan Franke, ‘8 Passengers’ yang mengisahkan kehidupan keluarganya, dilancarkan pada 2015 dan berakhir selepas tujuh tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark


Dia dan pasangan Kevin dikecam hebat kerana keputusan kononnya sebagai teknik keibubapaan termasuk larangan anak sulungnya tidur di bilik tidur dan memaksanya tidur di atas beg kekacang (bean bag) selama tujuh bulan, selain turut menghantar anak bongsu mereka ke kem di hutan.

Ibu bapa itu juga dituduh melakukan catuan makan sebagai langkah disiplin dan penderaan emosi selepas memberitahu dua anak mereka tidak akan menerima hadiah Krismas.

Anak perempuan sulung Franke yang sudah memutuskan hubungan dengan ibu bapanya, mengakui selepas penahanan itu dan dia sangat gembira keadilan akan ditegakkan.

YouTuber ‘cakap tak serupa bikin’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker