Siapa tolak kerjasama dengan Muhyiddin?



Mesyuarat agong UMNO di peringkat bahagian sudah selesai semalam untuk keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.

Berlangsung di dalam suasana norma baharu. Kepatuhan kepada s.o.p covid-19 adalah keutamaan. Paling menarik, ada yang melangsungkannya menggunakan separuh mesyuarat bersemuka dan selebihnya perwakilan diminta mengikuti mesyuarat melalui aplikasi tertentu seperti aplikasi ‘zoom’.

Paling penting adalah tatakelola menepati perlembagaan di dalam R.O.S supaya tiada cacat cela di dalam proses keabsahan perjalanan mesyuarat itu nanti.

Apa yang mengejutkan, lebih dari dua pertiga dari 191 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan PPBM, parti Muhyiddin pada PRU15 nanti. Usul dari bahagian-bahagian tersebut dengan lantang disuarakan dan dengan bersemangat disokong oleh sebulat suara perwakilan yang hadir.



Apabila ditanya kepada perwakilan, ada yang menyuarakan bahawa usul menolak kerjasama ini perlu dibuat demi menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan. Kestabilan kerajaan datangnya dari kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bukannya dari kerajaan yang dipilih oleh ahli parlimen.

Lebih menarik, seluruh ahli UMNO dan rakyat boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku di hari akhir persidangan seluruh negara yang dibuat secara serentak selama 3 hari, bahagian mana yang menolak kerjasama dengan PPBM dan siapa yang nampak begitu bersungguh mengolah ayat betapa perlunya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Ada yang lebih memalukan, pemimpin yang tidak faham antara sokongan terhadap Muhyiddin sekarang dengan kerjasama dengan PPBM pada pru ke 15 nanti. “kalau nak menjilat tu agak-agaklah..” kata perwakilan dari mesyuarat bahagian yang berlangsung semalam.

Annuar Musa, Dr Adham Baba dan Ku Nan antara yang dilihat menyokong tanpa bahas betapa perlunya menyokong Muhyiddin.



Apa juga penjelasan mereka samada yang menyokong dan yang menolak kerjasama ini, kita lihat di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.

Retorik atau realiti.

MELAYU BERPOLITIK MENOLAK BANGSA, MENDEWAKAN PARTI DAN MENGAGONGKAN CALON



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker