ANAK SAYA TAK MATI KATAK – IBU ALLAHYARHAM SANDRE

IBU Allahyarham Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah terkilan dengan komen seorang pengguna laman sosial yang menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak.

Nur Syakinah berkata, dalam keadaan seluruh keluarganya sedang berkabung tidak sepatutnya komen sebegitu ditulis.

“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu.

“Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.



“Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda.

“Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah,” katanya.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook itu, Nur Syakinah turut meletakkan paparan skrin komen yang ditulis individu itu.

Terdahulu, seorang individu menulis pelbagai kata-kata hinaan terhadap penyanyi Hey Kau sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.



Allahyarham Sandra yang juga peserta program Big Stage 2020 disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, semalam, selepas terbabit kemalangan pada Sabtu lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran Subang Jaya.

Jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah, semalam.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker