TTAM anjur kem latihan kepada pemain muda

06/01/2021 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) dengan kerjasama Kesatuan Pingpong Asia (ATTU) menganjurkan kem latihan selama tujuh hari kepada 12 pemain dari sekitar Lembah Klang yang berusia 18 tahun ke bawah.

Menurut kenyataan TTAM, kem yang bertujuan melahirkan lebih ramai pemain muda pada masa depan itu diadakan di Star Elite Table Tennis Centre di Puchong, ditaja oleh ATTU di bawah program Attu’s Aim for The Starts Project.



“Tujuan kem latihan ini dianjurkan sebagai menyokong projek Attu’s Aim for The Starts untuk membentuk pemain bertaraf bintang menggunakan khidmat jurulatih elit.

“Matlamat utama adalah memindahkan pengalaman, kemahiran dan nilai dengan cara yang positif, membolehkan pemain muda belajar dari bekas pemain kebangsaan, mewarisi legasi dan membawa mereka ke peringkat seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Kem latihan itu dikendalikan tiga jurulatih negara iaitu Ng Sock Khim, Muhd Shakirin Ibrahim dan Tan Cheng Keat.

Menurut TTAM, kem latihan itu juga menjadi pemangkin untuk memberi kesan positif terhadap perkembangan jangka panjang pemain muda negara.



Dua pakar sains sukan dijemput untuk memberi taklimat mengenai pemakanan sukan dan psikologi prestasi kepada pemain yang menyertai kem latihan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button