Tewas kepada Juventus, AC Milan kekal dahului Serie A



07/01/2021 01:30 PM

ISTANBUL, 7 Jan — AC Milan kekal di tangga teratas liga Serie A Itali meskipun tewas 1-3 di tangan Juventus pada Rabu, lapor Agensi Berita Anadolu.

Federico Chiesa menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 namun Milan menyamakan kedudukan menerusi rembatan Davide Calabria pada minit ke-41.

Penyerang Juventus, Chiesa membolosi gawang AC Milan pada minit ke-61 membolehkan pasukan Turin itu mendahului perlawanan di Stadium San Siro.



Pada minit ke-76 Juventus memperoleh gol ketiga hasil jaringan pemain tengah, Weston Mckennie.

AC Milan berada di tangga teratas dengan 37 mata manakala Juventus naik ke tangga keempat dengan 30 mata.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker