Op Murni: TUDM hantar bantuan ke Jerantut


Kredit: FB Tentera Udara Diraja Malaysia

09/01/2021 11:35 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak sebuah helikopter EC725 AP daripada No 10 Skuadron melalui Op Murni bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di dua kawasan di daerah Jerantut, Pahang, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak satu tan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawa ke Sekolah Kebangsaan Kampung Bantal dan perkampungan Orang Asli di sekitar daerah berkenaan.



“Pesawat dan anak kapal berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 2 petang dan selamat mendarat semula setelah selesai penugasan pada 4.45 petang.

“Penerbangan dikendalikan Mej Muhammad Uwais Md Zain dan dibantu pembantu juruterbang Kapt Azfar Adzahar serta Kuartermaster Udara, FSjn Suhaimi Othman dan FSjn Mohd Zulhilmi Samad,” menurut kenyataan itu.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan setakat 8.30 malam ini, sebanyak 26 pusat pemindahan dibuka di daerah itu yang menempatkan 1,493 mangsa banjir membabitkan 395 keluarga.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button