JAMAL ABDILLAH: “MUNGKIN ALLAH KURNIAKAN ANAK UNTUK TEBUS KESALAHAN MASA LALU”

Hebahkan !!!

Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah kini sedang membesarkan dua cahaya mata yang tidak jauh beza usia hasil perkahwinannya dengan Datin Zai Izzati Khiruddin. Jamal mengakui ia satu tanggungjawab yang berat dan memenatkan.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, isterinya juga kelihatan letih menguruskan dua anak mereka yang masih kecil.

Penyanyi berusia 62 tahun ini bagaimanapun menganggap anak-anaknya satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk menebus segala kesalahannya di masa lampau.

“Anak pertama berusia setahun dua bulan dan baby kedua ini dah dua bulan… agak meletihkan juga. Saya tengok orang rumah saya pun nampak letih sangat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya pun ada juga membantu dia dalam menguruskan anak-anak. Saya bersyukur di usia sekarang ini masih dikurniakan anugerah cahaya mata dan ia pasti datang dengan tanggungjawab yang besar untuk saya membesarkan mereka.

“Mungkin ini sesuatu yang Allah kurniakan (anak-anak) untuk saya menebus segala kesalahan-kesalahan masa lalu. Tapi tanggungjawab ini memang berat tapi saya tetap bersyukur,” kata penyanyi lagu ‘Belenggu Rindu’ ini.

Pada 11 November tahun lalu, Jamal berkongsi berita gembira mengenai isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan yang diberi nama El Issac Yamani di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.

Image_3.jpg

Selain El Issac Yamani, Jamal yang mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada April 2017 juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober 2019.

Penyanyi lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ itu turut dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 20 dan Ahmad Zaki Yamani, 15 menerusi perkahwinan terdahulu.

Dalam pada itu, berhubung kerjasamanya dengan penyanyi muda, Jamal memberitahu dia tidak menganggap ia satu isu menumpang populariti mana-mana pihak.

Image_4.jpg

Kata Jamal, seseorang selebriti itu yang sudah lama atau masih baharu dalam industri seni sepatutnya tidak boleh mempunyai sifat sombong dalam diri.

“Bila saya berada di arus perdana, saya harus bergabung dengan pelbagai genre untuk saya sentiasa berada dalam industri. Jadi, salah satu formula yang menjadi.

“Sebenarnya soal menumpang populariti, itu bukan satu isu. Yang penting kita jangan bangga diri anggap legend dan lama industri. Kita sebagai penyanyi kena sampaikan sesebuah lagu dengan sebaik mungkin.

“Kalau anggap diri itu legend dan tak harus bekerjasama dengan orang baharu, itu satu sikap yang tak baik dan tak bagus. Sikap sombong ini sesuatu yang tidak sepatutnya ada dalam diri seseorang itu,” ujarnya.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: