Kedai jual daging anjing, kucing diserbu di HK

Kedai jual daging anjing, kucing diserbu di HK

Kedai jual daging anjing, kucing diserbu di HK
KEDAI yang didakwa menjual daging anjing dan kucing di di daerah Yau Ma Tei, Kow Loon baru-baru ini.-AGENSI

KOWLOON: Pihak berkuasa di Hong Kong menyerbu sebuah kedai yang disyaki menjual daging anjing dan kucing sebagai makanan eksotik lebih 70 tahun, namun perdagangan itu diharamkan.

Lapor CNN, pegawai penguat kuasa merampas sampel yang disyaki daging anjing atau kucing di sebuah kedai di daerah Yau Ma Tei sewaktu operasi bersama oleh Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) bandar itu serta Jabatan Makanan dan Kebersihan Alam Sekitar.

AFCD berkata, pihak berkuasa melakukan serbuan selepas menerima laporan bahawa daging itu dijual di Yau Ma Tei, sebuah daerah komersial dan kediaman yang padat penduduk di kawasan Kowloon.

Selepas itu, agensi itu mengatur ujian sampel yang dirampas.

Mereka juga sedang menyiasat sama ada kedai itu menjalankan perniagaan daging segar tanpa lesen.

“Pendakwaan akan dimulakan sekiranya ia dibuktikan benar,” kata AFCD dalam satu kenyataan.

Memakan daging anjing dan kucing dilarang di Hong Kong sejak 1950 di bawah undang-undang separa autonomi bandar China itu dan berita itu secara tidak langsung mendorong kedua-dua penggubal undang-undang dan penyokong kebajikan haiwan untuk meningkatkan usaha penguatkuasaan.

“Hong Kong mengharamkan makan daging kucing dan anjing selama lebih 70 tahun.

“Insiden itu menunjukkan bahawa kekerapan pemeriksaan mengejut oleh agensi penguatkuasaan undang-undang tidak mencukupi,” kata penguat kuasa.

Bekalan vaksin Tanah Besar, rangsang HK kendalikan wabak

Kedai jual daging anjing, kucing diserbu di HK

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker