Jepun: Nilai kerosakan akibat salji lebat cecah US$20 bilion

15/01/2021 04:30 PM

TOKYO, 15 Jan — Nilai kerosakan akibat ribut salji yang melanda 20 wilayah di Jepun sejak pertengahan Disember kini mencecah 2.1 bilion yen (US$20.2 bilion), lapor Agensi Berita Sputnik.

Menteri Pertanian Jepun Kotaro Nogami berkata bagaimanapun skala kerosakan sebenar belum dapat dipastikan.



“Berlaku kesukaran untuk kumpul data di beberapa wilayah,” kata Nogami, memetik Kyodo News.

Salji lebat melanda utara dan barat laut Jepun pada pertengahan Disember menyebabkan sebanyak 6,770 bangunan di kawasan ladang musnah termasuk rumah hijau, gudang serta di ladang ternakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button