Akibat mabuk, tiga rakan ditahan gaduh sesama sendiri

17/01/2021 09:26 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Gara-gara mabuk, tiga lelaki ditahan kerana mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dalam kejadian di Seksyen 17A/6, Damansara di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian 7.24 malam itu, polis dimaklumkan tentang insiden pergaduhan selain cubaan melanggar orang awam menggunakan sebuah kereta dinaiki suspek terbabit di tempat kejadian.



Beliau berkata polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menahan dua lelaki tempatan berumur 20 dan 21 tahun dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu serta merampas sebuah kereta jenis Proton Wira digunakan suspek.

“Hasil semakan mendapati suspek berusia 20 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera, Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata menurut saksi awam, seorang lagi suspek bertindak memecahkan cermin kereta kenderaan terbabit sebelum melarikan diri.

“Polis bagaimanapun berjaya mengesan dan menangkap suspek ketiga itu petang tadi. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian itu,” katanya menambah ketiga-tiga suspek ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut.



Mabuk, bergaduh sesama sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button