Polis buru dua lelaki samun kedai runcit

Oleh – Syeikh Baran


Polis buru dua lelaki samun kedai runcit
Gambar Hiasan

Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pemilik kedai itu pada 3 petang.



“Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melarikan laci yang mengandungi wang tunai, dua tabung masjid dan satu telefon bimbit milik pekerja kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM3,000.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.- Bernama

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button