3 pengeluar vaksin China mohon sertai inisiatif COVAX

Hebahkan !!!

20/01/2021 07:06 PM

ANKARA, 20 Jan — Tiga pengeluar vaksin China telah memohon untuk menyertai inisiatif COVAX global diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata pihak berkuasa pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Sinovac, Sinopharm, dan CanSinoBio mengemukakan permohonan itu untuk menyertai inisiatif yang membekalkan vaksin COVID-19 kepada negara-negara miskin, kata jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying pada sidang media, menurut akhbar Global Times.

“Pengeluar vaksin COVID-19 China sedang berkomunikasi rapat dengan WHO mengenai permohonan pra-kelayakan untuk senarai penggunaan kecemasan,” tambahnya.

Selain tiga syarikat ini, terdapat 12 lagi calon vaksin sedang dibangunkan di China.

Leave a Reply

%d bloggers like this: