UJIAN SARINGAN COVID-19 ISTERI, ANAK-ANAK AERIL ZAFREL NEGATIF

Pelakon Aeril Zafrel sebelum ini memaklumkn dirinya positif Covid-19 selepas menjaga pengurusnya yang demam. Dek kerana itu, isterinya pelakon Wawa Zainal dan anak-anak telah menjalani ujian saringan wabak tersebut.

Wawa meluahkan rasa syukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian RT-PCR, petang semalam walaupun sebelum itu hasil ujian menerusi Rapid Test Kit (RTK) adalah negatif.

“Alhamdulillah, pagi tadi dimaklumkan kami semua negatif. Namun, kami kena menjalani proses kuarantin selama 10 hari. Apatah lagi saya adalah kontak rapat kepada suami yang disahkan positif, semalam.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sejak semalam saya juga tidur bilik berasingan dengan anak-anak. Walaupun negatif, tapi tetap risau kerana saya ada anak kecil. Kalau keluar dari bilik pun saya akan pakai dua pelitup muka.

“Nasihat saya, kepada yang menjalani kuarantin di rumah kena juga patuh prosedur operasi standard (SOP). Amalkan pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan. Paling penting, jangan sesekali keluar rumah. Ingatlah orang sekeliling kita. Saya bersyukur ada ibu dan pembantu rumah yang boleh tengok dan jagakan anak-anak,” katanya.

Image_3.jpg

Ditanya mengenai keadaan suaminya, Wawa berkata, Aeril mengadu rasa kebas di bahagian lidah: “Ini hari ketiga dia menjalani kuarantin kendiri di rumah. Dia berada di bilik tingkat atas yang lengkap dengan tandas.

“Jadi, dia memang tidak keluar langsung. Difahamkan, kalau tidak ada gejala teruk, boleh terus berada di rumah. Cuma hari ini dia mengadu berasa kebas di bahagian lidah. Harapnya tidak ada apa-apa yang serius,” tuturnya.

Terdahulu, Aeril dilaporkan bersama pengurusnya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan, kelmarin. Aeril berkata, dia mungkin dijangkiti virus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik, Isnin lalu.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply