Exists ubati rindu peminat di Singapura

KUALA LUMPUR – Diasaskan di Johor Bahru, Johor, lebih tiga dekad lalu, pastinya populariti kumpulan Exists melangkau Tambak Johor hinggakan konsert ‘reunion’ di Singapura pada 2019, laris bagai pisang goreng panas.

Kembali pada fasa pemulihan pandemik COVID-19, Exists yang ditubuhkan pada 1991, bakal menggegarkan republik itu melalui Konsert Reunion Exists di lokasi sama iaitu The Theatre at Mediacorp, Singapura pada 14 Januari depan.

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, berkata band itu bertandang lagi ke Singapura demi mengubat rindu peminat.



“Sebelum ini, menyaksikan penonton menyanyi bersama pada Konsert Exists Reunion di Singapura menjadi antara kenangan terindah, sama seperti yang dirasai di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Kami bawa konsert ini kembali ke Singapura kerana mengerti kerinduan peminat yang sudah menunggu Exists selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Banyak pertanyaan diterima mengenai bila Exists akan kembali ke Kota Singa,” katanya.

Konsert Reunion Exists di Singapura bakal menjadi lokasi pertama siri jelajah band popular itu mulai tahun depan. Persembahan di lokasi lain akan diumumkan penganjur kelak.



Exists dianggotai Ajai yang bermain keyboard; Along (gitar); Shah (gitar); Musa (bes); Ujang (dram); Mamat (penyanyi) dan Ezad (penyanyi).

Sementara itu, mewakili teman-teman, Ajai teruja beraksi di hadapan peminat di Singapura.

“Sambutan menggalakkan pada konsert lalu membuatkan kami lebih bersemangat mencipta momen indah bersama peminat.

“Jadi, jangan lupa dapatkan tiket segera,” katanya.



Pada konsert itu, untaian hit seperti Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara dan Untukmu Ibu dendangan Mamat pasti membangkitkan nostalgia peminat.

Ezad yang menggantikan Mamat pada 1996 juga menyambung legasi band itu melalui album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak lagu selain album keempat, Jangan Gentar.

Layari www.myticket.asia untuk maklumat dan tempahan tiket.

Dapatkan maklumat terkini dengan melayari akaun media sosial Exists dan Shiraz Projects.



© Berita Harian 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading