Annuar Musa Mengaku Dan Bayar Sajalah…

Kecoh sehari dua ni apabila Annuar Musa pada mulanya seolah ingin berbangga ‘berwogging’ dengan Datuk-datuk bekas pesara yang satu ketika dulu di tampuk kuasa. Akhirnya memakan diri sendiri apabila netizen mula menyelar tindakan Annuaryang dikatakan melanggari sop PKP.

Annuar cuba menyanggah namun simpang jalan yang digunakan sebagai kambing hitam tersebut bukannya berjarak 10 kaki tetapi lebih dari 100 meter pada anggaran mata kasar tegas netizen lagi. Mereka terserempak dan berjalan bersama lebih dari jarak yang kononnya mereka selepas itu masing-masing menuju haluan sendiri. Berbohongkah Annuar?

Sikap manusia apabila suka berbohong maka akan kekal membawa kemana sahaja perangai sedemikian ujar netizen lagi. Annuar perlu ikhlas dan jujur, kalau salah maka mengaku sahaja dan membayar denda. PDRM sewajarnya membuka kertas siasatan dengan segera.



Netizen juga membuat perbandingan, warga emas yang bersendirian di taman awam juga di saman!

Annuar pernah berkata berhubung hukum fizik, sekuat mana kita bersuara maka lantunan itu berpatah balik dengan kelajuan yang sama.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button