Mangsa gelombang kedua banjir di Sarawak meningkat kepada 186 orang

01/02/2021 09:59 AM

KUCHING, 1 Feb — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 186 orang pagi ini, berbanding 171 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat pusat pemindahan kini dibuka di dua daerah yang dilanda banjir sejak dua hari lepas.



Daerah Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 159 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Lintang Baru, Dewan Kampung Betong Kenawit dan Kampung Rimba Padi, sementara di daerah Simunjan, 27 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Lubok Buntin.

Gelombang kedua banjir di Sarawak bermula Sabtu lepas apabila kawasan perkampungan di Teluk Buntin di daerah Simunjan dinaiki air ekoran keadaan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari serta fenomena air pasang besar yang berlaku serentak.

Laporan ramalan cuaca mingguan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menyatakan hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

Gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar, namun terkawal – KP Kesihatan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button