Ketua Pengarah Kesihatan ‘Prank’ PKP Tidak Sambung

PKP Sambung Lagi, Rakyat Kena ‘Prank’?

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan pada 25 Januari 2021 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan disambung selepas 4 Februari 2021.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan selepas 4 Februari, PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) akan menggantikan PKP. Beliau berkata perkara tersebut keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan kesan ekonomi teruk kepada negara.

Bagaimanapun pada 2 Februari 2021, Menteri Pertahanan (Kanan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP disambung sehingga 18 Februari 2021. Beliau turut memberitahu SOP PKP kali ini lebih ketat dan hukuman mandatori bagi mereka yang melanggar arahan dan SOP PKP.

Keputusan kerajaan melanjutkan PKP menimbulkan perasaan tidak puashati kalangan rakyat. Pelbagai reaksi rakyat dizahirkan menerusi pelbagai medium bagi menunjukkan ketidakpuasan hati.

Dengan kadar pengganguran yang semakin meningkat apabila banyak sektor terpaksa gulung tikar, kadar inflasi juga dijangkakan akan melonjak. Saban hari rungutan serta aduan rakyat yang terkesan dengan PKP boleh dibaca merata-rata.

Kerajaan perlu memandang serius kesan domino PKP terhadap ekonomi rakyat yang kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan. Belum lagi habis rungutan mengenai i-sinar, rakyat turut terkesan apabila kerajaan tidak lagi mengarahkan institusi bank memberikan moratorium kepada rakyat.

Biarpun ada inisiatif kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi, ada juga kalangan rakyat yang tidak mendapat manfaat daripadanya. Pekerja yang bergaji harian seperti pekerja kontrak, buruh kasar dan pekerja industri antara yang paling teruk terkesan.

Adakah Rakyat Akan Jadi Seperti Anak Ayam Ini?

 

Negara kini memerlukan pendekatan yang lebih baik dan fleksibel bagi membolehkan ekonomi kelangsungan diteruskan. Sudah sampai masanya Ketua Pengarah Kesihatan berfikir adakah beliau berjaya atau tidak mengekang Covid19 sepanjang 2020 sehingga 2021.

Artikel sumbangan – Ferhad Al Jafri, Damansara

 

Leave a Reply