Netizen Malaysia ‘Serang’ Lawatan Muhyiddin Ke Jakarta

Netizen Komen #MuhyiddinOut Di Facebook Jokowi

Facebook rasmi Presiden Indonesia Joko Widodo yang memaparkan foto Presiden beriringan dengan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di’serang’ warganet Malaysia.

Netizen yang berang dengan lawatan ke luar negara Muhyiddin mula menghantar komen komen memprotes PM.

Mereka yang agak marah kerana Muhyiddin membuat keputusan melaksanakan PKP (darurat) menyekat pergerakan antara daerah, negeri dan ke luar negara tetapi beliau sendiri tidak mematuhi arahan tersebut.

Semalam sebelum beliau ‘terbang’ ke Jakarta, perutusan kali ke-39 Perdana Menteri Malaysia disiarkan secara langsung. Bagaimanapun apabila netizen membandingkan ketibaan Muhyiddin di Jakarta dan waktu perutusan disiarkan, mereka tersedar perutusan ‘siaran langsung’ tersebut merupakan rakaman awal.

Ini menyebabkan netizen berang dan mula ‘menghentam’ Muhyiddin di media sosial. Bagi mereka, sudahlah keadaan ekonomi mereka dalam keadaan tidak memberangsangkan, pelaksanaan PKP (darurat) yang pada awalnya dijangka tidak disambung selepas 4 Februari 2021 tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya kerajaan membuat keputusan menyambung PKP (darurat) sehingga 18 Februari 2021 dengan memperketatkan syarat dan kompaun terhadap mereka yang engkar.

Facebook rasmi Jokowi yang diserbu warganet Malaysia pula menjadi medan netizen melepaskan kemarahan terhadap Muhyiddin. Ada yang mempersoalkan keperluan PM melawat Jakarta di waktu pandemik covid19 dan PKP masih berlangsung.

Kini Perikatan Nasional bakal berdepan krisis kepercayaan rakyat dan mungkin PN akan kalah teruk pada PRU15 jika melihat fenomena penolakan terhadap Muhyiddin.

Terdapat komen nakal yang bertanya apa pelaburan yang dibawa pulang ke Malaysia sempena lawatan kerja PM. Biarpun Wisma Putra telah menjelaskan matlamat lawatan, netizen tidak pedulikan apa alasan sekalipun.

Kegagalan agensi seperti JKom menangani komen netizen amat mengecewakan jika dibandingkan peruntukan yang diluluskan. Malah Ketua Penerangan Perikatan Nasional (Azmin Ali) sendiri tidak mampu membela Perdana Menteri apabila berdepan kemarahan netizen yang meluap-luap.

Leave a Reply