Benarkah Najib Di Beri RM2 Juta Untuk Tutup Kes Rasuah Guan Eng?

Benarkah Najib Di Beri RM2 Juta Untuk Tutup Kes Rasuah Guan Eng?

Benarkah Najib Di Beri RM2 Juta Untuk Tutup Kes Rasuah Guan Eng?

Dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, Pengarah Consortium Zenith BUCG, Zarul Ahmad Zulkifli berkata beliau mengeluarkan RM4 juta untuk diberikan kepada DS Najib dan Lim Guan Eng.

Beliau mendakwa telah mengarahkan pekerjanya, Azli Adam dan Ibrahim Sahari untuk menunaikan cek RM2 juta.

Ianya untuk digunakan sebagai bayaran kepada Lim Guan Eng.



“Ianya adalah sebagai sebahagian sogokan kepada Lim Guan Eng daripada projek terowong itu”.

“Saya mengeluarkan RM4 juta, RM2 juta dalam bentuk tunai dan RM2 juta dalam bentuk cek”.

“Wang tunai RM2 juta daripada simpanan saya dan diberikan kepada DS Najib”.

“RM2 juta lagi, datang daripada cek, diberikan kepada Lim Guan Eng”.



Beliau turut mendakwa dana tersebut bertujuan diberikan kepada DS Najib diserahkan kepada G Gnanaraja.

Zarul berkata, beliau beranggapan DS Najib berada pada kedudukan mempengaruhi SPRM menutup siasatan terhadap Lim.

Persoalannya, bagaimanakah hendak mengesahkan bahawa wang RM2 juta yang diberikan kepada Gnanaraja benar-benar diberikan kepada DS Najib.

Adakah Zarul menghubungi DS Najib untuk mengesahkan penerimaan wang tersebut?



Sudah tentu tidak, kerana Zarul sendiri mengakui beliau tidak pernah jumpa dan tidak pernah bercakap dengan DS Najib.

Dan adakah sebelum menyerahkan wang tersebut kepada Gnanaraja, sudah ada persetujuan dengan DS Najib untuk menutup kes Lim Guan Eng?

Juga sudah pasti tidak, kerana sebagaimana yang beliau sendiri mengaku, beliau tidak pernah bercakap dengan DS Najib.

Bagaimana kalau wang itu Gnanaraja tidak serahkan kepada DS Najib tetapi sebaliknya digunakan sendiri oleh Gnanaraja?



Atau wang tersebut diserahkan oleh Gnanaraja kepada pihak ketiga yang mengaku kononnya adalah wakil kepada DS najib?

Sekali Lagi DS Najib Di Fitnah

Penulis tidak nampak ada asas yang kukuh untuk membabitkan nama DS Najib dalam kes ini.

Tidak ada ‘money trail’, tidak ada kepastian DS Najib sememangnya menerima wang tersebut.

Lebih menghairankan, kenapa wang sogokan kepada Lim Guan Eng dibayar dengan cek, sedangkan kepada DS Najib dibuat dengan tunai?



Adakah Gnanaraja datang dari Pulau Pinang dan berjumpa dengan DS Najib dengan duit tunai RM2 juta untuk diserahkan?

Mungkin tidak ada masalah untuk membuktikan sama ada benar atau tidak Lim Guan Eng menerima RM2 juta dari Zarul.

Sudah pasti ada ‘money trail’ yang boleh menjejaki wang tersebut.

Tetapi bagaimana mahu membuktikan dakwaan DS Najib menerima wang tersebut?



Sekali lagi DS Najib difitnah dalam jenayah rasuah yang beliau tidak terlibat, malah tidak tahu langsung mengenainya.

Plot drama yang sama dalam kes SRC, 1MDB dan IPIC!!!

Benarkah Najib Di Beri RM2 Juta Untuk Tutup Kes Rasuah Guan Eng?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button