JDT bentuk pasukan hoki ais


Kredit: Facebook Johor Southern Tiger https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/pcb.1940031456160144/1940049059491717/

11/02/2021 03:57 PM

JOHOR BAHRU, 11 Feb — Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers hari ini.



“Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,” menurut hantaran itu.

Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.

”Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut hantaran itu.

Rakyat kini bebas lakukan perjalanan di seluruh wilayah di Jepun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button