MOHON MAAF LANGGAR SOP – PEKERJA SHUIB & SITI SARAH KEMALANGAN

“Kami singgah makan di restoran di tepi jalan selepas selesai menguruskan banyak perkara. Kami mohon maaf. Ini adalah pengajaran untuk kami dan harap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa patuh SOP.

“Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” Itulah kata-kata penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Siti Sarah dan suaminya, pelawak Shuib Sepahtu telah dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis makanan di Kuala Lipis, Pahang, semalam.



Ujar Sarah, perkara itu menjadi pengajaran buat dirinya dan suami. Dalam masa sama, Sarah juga berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP ditetapkan kerajaan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, Sarah dan Shuib turut berdepan dugaan lain ketika dalam perjalanan ke majlis pembukaan cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan.



Jelas Sarah, salah seorang kakitangan Bubble Bee terbabit dengan kemalangan jalan raya namun bersyukur tiada kecederaan serius berlaku.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelanan untuk pembukaan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan. Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan sudah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua cawangan baru di sana.

Image_3.jpg

“Mulanya, pekerja kami terbabit dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin. Berderau darah saya bila dapat berita itu. Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius. Jadi, perjalanan kami diteruskan,” tuturnya.



Bagaimanapun, kata penyanyi lagu ‘Semakin’ itu, dia bersyukur apabila majlis pembukaan dua cawangan itu berjalan lancar.

“Akhirnya, tadi sudah selesai pelancaran dua cawangan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami,” katanya.

Image_4.jpg

SITI SARAH DEDAH PERNAH HIDUP SUSAH DENGAN SHUIB, AKAUN TINGGAL RM500




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading