Tak perlu rahsiakan


© Provided by Harian Metro SIMPATI dengan nasib mereka yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.mohamadridzuan

PENYANYI dan pelakon Kilafairy, 28, kini sedang melewati saat-saat bahagia dengan kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman.

Bukan rahsia lagi apabila anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil ini memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram.

Biarpun ramai yang menyukai dan mengharapkan hubungan mereka ke jenjang pelamin, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir enggan terlalu berharap.



“Saya tak perlu merahsiakan hubungan ini kepada peminat. Namun, tarikh bila nak melangsungkannya, saya selesa serahkan kepada pihak lelaki.

“Bukan apa, kalau merancang nanti tak jadi, segan pula dibuatnya. Jadi, tak saya tak berani nak katakan bila kami akan berkahwin. Kami sudah kenal 10 tahun sejak sekolah. Namun, selepas sekolah kami bawa haluan masing-masing. Perhubungan kami terjalin apabila berjumpa semula,” katanya.

Kilafairy yang dikenali menerusi beberapa drama antaranya Mr Delicious mengakui, ibunya juga sudah mengenali kekasihnya itu.

“Mama hanya baharu kenal dia sejak kami berkawan semula. Alhamdulillah, dia juga merestui hubungan kami. Berkenaan umurnya biarlah rahsia buat masa ini. Apapun saya akui sudah jumpa orang yang sesuai sebagai pasangan hidup.



“Namun, saya takut untuk mengharapkan lebih-lebih. Lagipun saya tak suka pukul canang sana sini kerana bimbang tak jadi. Yang penting sekarang saya dengan dia dan saya lebih selesa mengikut arus,” katanya.

Beralih kepada aktiviti seninya pula, Kilafairy mengakui ia tetap meriah seperti dahulu.

“Tapi disebabkan pandemik Covid-19 saya kena pilih-pilih juga. Saya takut juga untuk bercampur dengan ramai orang. Untuk lakonan, tawaran yang diterima memang banyak berbanding sebelum bertudung. Malah ketika belum bertudung pun saya dah banyak ditawarkan berlakon watak bertudung.

“Namun, saya belum ambil lagi sebarang tawaran berlakon kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.



Kilafairy yang pernah melakar sejarah tersendiri apabila berduet dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston menerusi lagu Put The Word In pada 2017 juga bakal tampil dengan single terbaharu dalam masa terdekat ini.

“Cadangan judul untuk single berkonsep pop ini ialah Ratu. Namun, judulnya belum pasti dan masih dalam perbincangan.

“Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records. Setakat ini saya sudah mempunyai tiga single dan selebihnya bekerjasama dengan penyanyi lain.

“Kami sedang mencari tarikh yang sesuai untuk memasarkannya. Seben



arnya orang lebih kenal saya menerusi lakonan kerana tengok saya berlakon. Padahal saya mula menyanyi sejak kecil lagi,” katanya yang mahu fokus dalam nyanyian buat masa ini.

Dalam pada itu, Kilafairy melahirkan perasaan simpatinya dengan mereka yang terkesan dan hilang pekerjaan akibat Covid-19.

Dia yang menjalinkan kerjasama dengan jenama kecantikan UFORA menerusi produk lipmatte 2021 mahu membantu mereka mencari pendapatan.

“Saya dan pengasasnya Supia Saupi terpanggil untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal buat mereka yang berminat. Kami nak ajak orang berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.



“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang teringin nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu,” katanya.

Menurutnya, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipmatte dan blusher.

Bagaimanapun dia tertarik apabila mendapati kualiti lipmatte UFORA setanding produk antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



2020 tahun drama politik tanah air

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button