Kapal tangki ditahan bersauh secara haram di perairan Johor

Kapal tangki ditahan bersauh secara haram di perairan Johor

Kapal tangki ditahan bersauh secara haram di perairan Johor
Kapal tangki dari Panama ditahan Maritim Malaysia selepas bersauh secara haram di perairan Johor Timur, semalam. – Foto ihsan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana bersauh secara haram di perairan Johor Timur, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal berdaftar di Panama itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia jam 11 pagi pada kedudukan 15.8 batu nautika timur laut Tanjung Penawar di sini.

Beliau berkata, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika diperiksa.



“Kapal dikendalikan 17 kru termasuk nakhoda terdiri warga Pakistan, India dan Bangladesh berusia antara 21 hingga 58 tahun.

“Mereka mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya menerusi kenyataan media.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia.

Seksyen itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading