Lelaki rambut panjang disuruh bertudung: Masjid Negara mohon maaf

Lelaki rambut panjang disuruh bertudung: Masjid Negara mohon maaf

Lelaki rambut panjang disuruh bertudung: Masjid Negara mohon maaf
TANGKAP layar video tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Masjid Negara memohon maaf secara terbuka kepada seorang pengunjung lelaki berambut panjang yang diminta memakai tudung oleh pengawal keselamatan dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.

Masjid Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius perkara itu.

Pengawal Keselamatan terbabit sudah pun diberi teguran supaya lebih peka dalam menjalankan tugas.



“Pengawal Keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Masjid Negara melalui kenyataan sama berkata, pihak pengurusan masjid memohon maaf kepada individu terbabit dan orang awam yang turut terkesan berkaitan video itu.

Masjid Negara akan memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang lelaki disuruh memakai jubah dan tudung bagi menutup kepala ketika memasuki Masjid Negara.



Menerusi video yang tular, kedengaran suara seorang wanita dipercayai pengawal keselamatan di masjid berkenaan meminta lelaki terbabit untuk segera menutup aurat.

Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan dia adalah seorang lelaki yang berambut panjang, namun pengawal terbabit masih bertegas memintanya memakai pakaian yang disediakan pihak masjid.

Lelaki rambut panjang disuruh bertudung: Masjid Negara mohon maaf

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Saksi Penting Akan Beri Keterangan Wujud Perintah Agong Agar Najib Jalani Hukuman Di Rumah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading