Isteri Daim didakwa hari ini

Oleh – Syeikh Baran


Isteri Daim didakwa hari ini
NAIMAH Khalid isteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Toh Puan Na’imah Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Difahamkan wanita ber­usia 67 tahun itu akan didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).



Agensi penguat kuasa terbabit telah memulakan siasatan terhadap keluarga Daim sejak Februari tahun lalu rentetan daripada pendedahan Kertas Pandora.

Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyia­satan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang me­ngandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah membabitkan pe­mimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti.

Pada 21 Disember 2023, media melaporkan bahawa SPRM telah menyita Menara Ilham milik keluarga itu.

Pada 10 Januari lalu, Daim dan keluarga memfailkan semakan kehakiman mencabar tindakan SPRM menyiasat dan menyita aset mereka termasuk akaun-akaun bank dan kende­raan.



Oleh itu, Daim dan keluarga­nya memohon relif antaranya satu deklarasi bahawa SPRM dan pegawainya tidak mempunyai sebab munasabah untuk menyiasat kesemua pemohon mengikut Akta SPRM atau AMLA.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa semua notis yang dikeluar­kan oleh SPRM ke atas Daim dan keluarganya termasuk Menara Ilham adalah menyalahi undang-undang, tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Kesemua pemohon juga menuntut agar kesemua siasatan terhadap mereka dihentikan, memulangkan semula semua dokumen dan aset yang disita dan menyahbeku akaun-akaun bank termasuk akaun bank syarikat.

Daim dan keluarganya turut memohon satu perintah yang melarang pihak pendakwaan daripada mendakwa mereka di mahkamah.



Turut dimohon ialah ganti rugi am dan teladan, kos atas dasar indemniti penuh kepada pemohon-pemohon dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button