Kerjasama BRI pacu pembangunan infrastruktur Thailand

17/02/2021 04:56 PM

BEIJING, 17 Feb — Selaku negara penting yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Thailand kini mempergiat penyelarasan strategi pembangunan negaranya dengan inisiatif tersebut, menyaksikan kerjasama kedua-dua negara membabitkan kesalinghubungan infrastruktur terus ditingkatkan.

Seperti sedia maklum, lapangan terbang dilihat begitu simbolik umpama sepasang sayap bagi sesebuah bandar.



Kini, warga Thailand bakal menerima sebuah terminal baharu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok yang sedang di fasa akhir pelarasan sistem.

Meskipun turut menerima tempias pandemik COVID-19, China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) selaku pemenang pembidaan projek tersebut pada Ogos 2017, masih meneruskan kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi peraturan kawalan wabak bagi memastikan projek diselesaikan mengikut jadual.

Pengurus projek, Shen Minghua ketika ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) berkata, projek itu tidak pernah dihentikan, serta tiada pekerja yang dilaporkan dijangkiti wabak pada pertengahan Mac tahun lalu, iaitu tempoh paling kritikal dalam penularan pandemik di negara itu.

“Demi menyelesaikan projek dengan kualiti terjamin, kami kekal bertugas termasuk pada tempoh cuti Tahun Baru Cina”, ujar beliau.



Terminal baharu itu sebuah projek prasarana ikonik berkaitan kesejahteraan rakyat yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat tempatan.

Projek itu menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan, manakala kesemua bahan yang digunakan untuk pembinaan termasuk simen, keluli dan bahan hiasan dibeli di Thailand sekali gus membantu memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

BRI beri nafas baharu ekonomi dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button