AL-FATIHAH – IBU RADIN ERA KEMBALI KE RAHMATULLAH

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum wbt. Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas nya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.

Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama sama orang beriman.. Amin. Nd sayang mama,” demikian tulis penyampai radio Era FM iaitu Radin yang berkongsi berita sedih dimana ibu tercinta, Feridah Hashim meninggal dunia pada pagi Khamis, pada usia 67 tahun.

Dalam status yang dimuat naik di laman Instagram, Radin atau nama sebenar Radin Amir Effendi turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah ibunya.

Difahamkan, kesihatan Allahyarham Feridah, 67, merosot akibat penyakit paru-paru berair, sejak beberapa tahun lalu. Radin berkata, dia kali terakhir bertemu arwah ibunya, minggu lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya reda dengan pemergian arwah. Allah lebih menyayanginya. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi adik beradik lain. Saya sempat ‘FaceTime’ dengannya arwah sebanyak tiga kali, semalam.

“Secara kebetulan, adik beradik dan anak saudara cakap arwah sebut nama saya. Arwah nak tatap wajah dan bercakap dengan saya. Kami berkongsi cerita singkat, namun arwah sempat menitipkan pelbagai nasihat,” katanya.

Radin memaklumkan, arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Ipoh. Sebelum ini, Radin membuat keputusan menangguhkan perkahwinan dengan gadis pilihan, Azlina Idris disebabkan kondisi kesihatan ibunya.

Image_3.jpg

Anak ketiga daripada empat beradik itu memberitahu, arwah ibunya sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen.

“Kondisi kesihatan arwah ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Arwah rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang. Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka.

“Bagaimanapun, saya jarang bersama arwah ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh sejak bekerja. Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah bimbang keadaannya,” tutur Radin yang juga sebelum ini kehilangan bapanya pada tahun 2010.

Image_4.jpg

Leave a Reply