Bekas Pembantu Tadbir didenda RM20,000 atas tujuh tuduhan memalsukan dokumen


Bekas pembantu tadbir Ruddy Nezeri Kamarudin, 38, didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan memalsukan dokumen resit bayaran letak kereta pada 2011 lalu.

18/02/2021 12:33 PM

IPOH, 18 Feb — Seorang bekas Pembantu Tadbir Kewangan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tujuh daripada 34 pertuduhan memalsukan dokumen resit bayaran letak kereta, 10 tahun lepas.

Tertuduh, Ruddy Nezeri Kamarudin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua 34 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.



Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara 14 bulan jika gagal membayar denda serta melepas dan membebaskan tertuduh atas 27 lagi baki pertuduhan di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu resit bayaran terimaan hasil jualan kupon letak kereta yang dicetak di atas Bil Terimaan Pelbagai Tahun 2011 dengan nama individu berbeza yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Kampar, Jalan Iskandar, di Kampar antara 10 Feb 2011 hingga 2 Ogos 2011.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekalim, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

21 PERTUDUHAN KEMUKA DOKUMEN PALSU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button