Kanak-kanak empat tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibu

19/02/2021 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata siasatan awal mendapati mangsa disyaki dipukul lelaki itu di sebuah pangsapuri di Semenyih sehingga tidak sedarkan diri.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang oleh ibunya yang berusia 31 tahun untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis menahan ibu mangsa dan teman lelakinya yang berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta kira-kira 5.45 petang semalam untuk siasatan lanjut.

Mohd Zaid berkata kedua-dua suspek ditahan reman enam hari hingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP Mohd Faizal Amir di talian 011-33319871,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *