SIS Forum dibenar rayu fatwa seleweng ajaran Islam

SIS Forum dibenar rayu fatwa seleweng ajaran Islam

SIS Forum dibenar rayu fatwa seleweng ajaran Islam
Gambar fail

PUTRAJAYA: Kumpulan hak wanita, SIS Forum (Malaysia), hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan membenarkan permohonan itu secara sebulat suara.

Dalam penghakiman yang disampaikan secara dalam talian itu, Abang Iskandar berkata, permohonan SIS Forum memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan oleh itu, dibenar untuk meneruskan rayuannya.



Dalam kes sivil, pihak litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Antaranya sama ada fatwa yang pernah dikeluarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah




Pada 14 Mac lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum dan seorang daripada pengasas bersamanya, Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu.

Mahkamah Rayuan memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.

SIS Forum dan Zainah merayu kepada Mahkamah Rayuan selepas mereka tidak berjaya dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa itu. Permohonan semakan kehakiman mereka ditolak Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.

Fatwa itu, yang diwartakan kerajaan negeri Selangor pada 31 Julai 2014, mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.



Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas, selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili SIS Forum, manakala Aidil Khalid hadir bagi pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, selain Yusfarizal Yussoff mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan penasihat undang-undang negeri, Khairul Nizam Abu Bakar hadir bagi pihak kerajaan negeri Selangor. – BERNAMA

SIS Forum dibenar rayu fatwa seleweng ajaran Islam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading