[VIDEO] ZARINA & PEMBANTU PADAM SENDIRI KEBAKARAN: “NAK PANGGIL BOMBA TAKUT TAK SEMPAT…”

“Saya terbau asap terbakar di belakang rumah… nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak. Jadi saya dengan Bedah tadah air padam kebakaran. Cuaca panas, rumput-rumput kering terbakar sendiri, nasib baik kami sedar dan padamkan sebelum terus melarat. Thank you my Bedah superwoman,” ujar pelakon Zarina Zainuddin.

Zarina yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu memberitahu, cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan kebun di laman belakang rumahnya terbakar pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik, Zarina dilihat memadam sendiri kebakaran kecil itu dengan bantuan kenalannya dikenali sebagai Bedah disebabkan risau api semakin merebak sebelum pihak bomba sempat sampai ke kediamannya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.



Entri Zarina itu turut menarik perhatian pengikut Instagram yang kagum dengan kesungguhannya dan Bedah kerana tidak panik berhadapan situasi tersebut. Bagaimanapun, rata-rata netizen mengharapkan Zarina akan menelefon pihak bomba sekiranya kejadian sama berlaku lagi selepas ini.

Image_2.jpg

“Panggil je bomba kak, nanti dia sembur bagi tanah tu basah… takut nanti dia terbakar lagi. – “Kalau jirus air sikit-sikit macam tu boleh makin menyemarakkan lagi api. – “Cuaca terlampau panas, memang akan terbakar sendiri… hati-hati ya kak,” tulis netizen.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) minggu lalu, cuaca panas akan berlanjutan sehingga April ini.



Menurut MetMalaysia ia merupakan satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab kepada berlakunya cuaca panas seperti yang dialami sekarang.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg



Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg



Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg



Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

[VIDEO] JANNA NICK SEKALI LAGI MOHON MAAF – KES MASIH DALAM SIASATAN LANJUT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button