Ragam Lucu Hari Pertama Sekolah [Video]

Ragam Lucu Hari Pertama Sekolah, Lari Pecut Tidak Mahu Masuk Sekolah

Hari pertama sesi persekolahan rendah tahun 2021 pasti banyak ragam yang akan jadi kenangan.

Dalam satu video, gelagat lucu seorang kanak-kanak melarikan diri sambil menangis kerana enggan ke sekolah.



[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/03/VID-20210301-WA0020.mp4[/KGVID]

Terdengar seorang individu menggelarkan dirinya sebagai ‘Pakcik’ menawarkan diri untuk menghantar anak itu ke sekolah. Bagaimanapun kanak-kanak itu terus memecut meninggalkan pakcik tercungap-cungap mengejarnya.

 

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Felda berdasarkan imej ladang sawit di kiri kanan video berkenaan.



Akhirnya murid tersebut berjaya ditenangkan oleh ibunya yang mengejarnya menaiki sebuah motor.

Pastinya kejadian ini akan meninggalkan banyak kenangan bagi ibu, bapa serta ‘pakcik’ yang mengejar kanak-kanak tersebut.

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedar mulai Khamis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button