ATU REBAH SELEPAS SOLAT ISYAK – DOKTOR SAHKAN TERKENA STROK HABA

“Lepas solat Isyak ketika dia dah bagi salam, dia terus terduduk lama, saya ingatkan dia penat sangat sebab sehari suntuk sebelum tu dia ada shooting drama. Saya ingatkan dia nak tidur tapi tiba-tiba dia rebah pitam di depan saya. Saya terus bergegas bawa dia ke hospital dan doktor cakap dia kurang air dalam badan dan dengan keadaan cuaca panas sekarang, itu yang dia kena strok haba.

“Atu memang dah cirit-birit sejak Ahad lalu, jadi badan dia dah dyharated (kurang air dalam badan) tapi dia tetap juga pergi kerja, selesaikan shooting dia dulu, dan malam tadi kemuncaknya bila dia dah pitam,” kata isteri kepada pelawak Atu daripada kumpulan Zero, Shafeeqa Johari mengenai keadaan suaminya.

Isteri Atu memaklumkan suaminya itu tiba-tiba rebah selepas menunaikan solat Isyak di kediamannya di Puncak Alam, Selangor dan telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada malam, Isnin.

Jelas Shafeeqa lagi, keadaan cuaca yang panas menjadi punca Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 29, terkena strok haba. Setakat ini doktor dah masukkan dua botol air dan kemungkinan besar dia akan keluar wad hari ini (Selasa).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Doktor ada cakap strok haba bahaya (kalau dibiarkan) sebab ia boleh buat lumpuh satu badan, jadi kalau rasa tak sedap badan cepat-cepat pergi dapatkan rawatan. Sebelum ini, Atu memang ada mengadu dengan saya, dia tak boleh rasa separuh tangan dia, tapi disebabkan Atu ni rajin bekerja, jadi dia biarkan dulu perkara itu.

“Doktor pun dah nasihatkan pada dia kena berehat dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari, tapi Atu tetap masih fikirkan pasal kerja sampai sekarang ini sebab dia rasa bertanggungjawab untuk selesaikan kerja-kerja dia yang tertangguh,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, Atu akan kembali beraksi dalam pentas Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS 2) pada Jumaat ini. Selain Atu, kumpulan UNI turut disertai Fad Bocey dan Fakhrul UNIC.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

SAMBUT ANNIVERSARY KE-5 – ISTERI ATU DEDAH PERNAH HIDUP SUSAH, TINGGAL RM50

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker