Datuk Seri Di Tahan Polis Johor Kes Ugut

Dato Seri Polis Johor Ditahan Kerana Menggugut

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berusia 41 tahun, kira-kira jam 8.30 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.

“Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan.

Ugut Dengan Kekerasan



“Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya dengan kekerasan sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Susulan itu, polis menangkap kedua-dua suspek itu termasuk Datuk Seri berkenaan di sekitar Masai kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu.

“Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata “kalau tuan tangkap saya, saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan” ujar Ayob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Gelaran Tidak Diiktiraf



Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek berkenaan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf kerajaan.

Semakan rekod Datuk Seri berkenaan juga mendapati beliau mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar tahun 80an serta 90an.



Lindung Kegiatan Sebenar



“Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa,” katanya lagi.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Video tular geledah rumah ikut peruntukan undang-undang – polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker