Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]
Mampu hadiahkan Toyota Yaris untuk ibu
Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]
![Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/03/553-28-800x533.jpeg)
Begitu juga dengan Muhammad Faiz Basirun, apabila hasratnya untuk menghadiahkan sebuah kereta Toyota Yaris kepada ibunya, Syarrina Mohd Hamzah tercapai sehari sebelum Ramadan iaitu 22 Mac lalu.
Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 21 tahun ini berkata kisah keluarganya sendiri menjadi pendorong untuk dia berusaha keras sehingga mampu memberikan kereta jenama import tersebut.
“Proses nak dapatkan kereta pun hanya makan masa sebulan saja selepas saya buat keputusan.
“Dulu mak dan abah membesarkan kami sekeluarga hanya dengan naik motosikal saja. Kami pergi ke mana-mana pun naik motor itu saja,” ujarnya yang mesra dikenali sebagai Faiz.
Imbas Faiz yang berasal dari Langkawi, Kedah, dia tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hidup serba mewah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Namun berkata kerja keras ibu bapa Faiz, mereka berjaya mengumpul duit bagi membeli sebuah kereta Perodua Kancil untuk keselesaan keluarga.
“Mak dan abah mampu beli kereta Kancil lepas kumpul duit. Kami sekeluarga gembira sangat sebab sudah ada kereta masa tu. Tak payah ‘mandi’ hujan lagi dah.
![Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/03/1994843-800x619.jpeg)
“Sekarang apabila saya ada rezeki lebih sikit, terus saya belikan kereta baharu walaupun tak pernah dipinta. Saya bagi kereta ni pun sebagai tanda terima kasih sebab dah besarkan dan selalu doakan saya sehingga berjaya macam sekarang,” katanya yang merupakan seorang pempengaruh di TikTok.
Faiz yang memiliki tiga adik beradik ini mula menempah nama di platform media sosial apabila video-videonya memberi makan sekumpulan anjing terbiar menjadi tular.
![Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/03/1994842-800x534.jpeg)
Hingga kini Faiz memiliki lebih 712,700 pengikut di TikTok.
Namun, hari tidak sentiasa cerah apabila dia turut pernah berdepan pengalaman pahit ketika bekerjasama dengan seorang pengasas produk lokal yang enggan didedahkan identitinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
“Apabila saya mula dikenali, ramai yang ambil kesempatan. Yang tak pernah berkawan sebelum ni pun mula mengaku jadi kawan.
Dulu mak dan abah mampu beli kereta Kancil lepas kumpul duit.. kami sekeluarga gembira sangat.
MUHAMMAD FAIZ
“Pengalaman paling perit adalah saya pernah kena tipu dengan pengasas produk kosmetik terkenal. Saya dah naikkan nama branding dia tapi dia tak bagi sebarang bayaran pun.
“Sebelum ni produk dia tak dikenali. Tapi apabila semakin maju, banyak masalah terjadi. Bayaran jadi tersangkut dan kontrak saya ditamatkan secara tiba-tiba,” ujarnya.
Namun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya apabila pendapatan bulanannya kini cukup untuk menyara keluarga dengan menjadi duta beberapa produk berasaskan makanan.
![Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2023/03/1994836.jpeg)
“Nak dibandingkan hidup zaman dahulu, memang jauh berbeza dengan sekarang. Dulu saya bawa motosikal milik abah tu saja pergi ke mana-mana pun.
“Bagi anjing-anjing liar makan dan COD (cash on delivery) makanan pun saya tunggang motosikal tu. Nak hidupkan motor tu pun kena ‘pulas’ pakai pisau dulu sebagai kunci.
“Tapi Alhamdulillah berkat usaha dan doa daripada orang sekeliling termasuklah anjing-anjing tu, sekarang saya dah boleh berjaya macam sekarang,” ujar Faiz
Berkat beri makan anjing liar, pemuda ini mula hidup senang ubah nasib keluarga [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :