Pasangan warga emas maut dalam kemalangan di Mersing

MERSING, 11 Mac — Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang-Mersing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Rosnan Aris, 64, seorang peniaga kedai makanan dari Felda Nitar 2 di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah manakala isterinya, Aminah Kodir, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu Rosnan dari Kluang menuju ke Mersing hilang kawalan lalu merempuh treler jenis Volvo dari arah bertentangan.



“Bagaimanapun, pemandu lori treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UMNO WAJAR TANDINGI SEMUA KERUSI ‘KATAK’ PADA PRU15 BUKAN HANYA MERSING




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading