WUJUD AKAUN IG PALSU ANAK – ANI MAIYUNI LUAH RISAU, MINTA PEMINAT REPORT

Pelakon dan penyanyi dangdut, Ani Maiyuni menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik foto tangkap layar akaun Instagram palsu dan asli anaknya.

Ani yang menyedari perkara itu berasa tidak puas hati dan meminta bantuan peminat untuk melakukan report ke atas akaun palsu terbabit.

“Saya mohon jasa baik wargamaya semua untuk bantu report akaun palsu @thereallwirna. Akaun anak saya @therealwirna. Pandai dia mengelirukan orang lain dengan menambah huru ‘I’ pada nama Wirna.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Yang membimbangkan saya, Wirna fake ini scam orang, saya takut anak saya menanggung akibatnya nanti,” kata Ani yang turut memberitahu sebagai ibu, dia berasa risau memandangkan anak perempuannya itu baru berusia 12 tahun.

Tidak cukup dengan itu, pemilik akaun palsu terbabit turut dikatakan telah membuat report ke atas semua video yang dinaikkan anaknya di Instagram dengan tujuan mengatakan dialah pemilik sebenar.

Image_3.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *