Sultan Johor Bertitah Isu Penggunaan Kalimah Allah

Sultan Johor Arah Majlis Agama Islam Johor Ambil Tindakan Wajar 

KYDMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor menitahkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Johor tidak dibenarkan.

Baginda merujuk kepada Fatwa Kerajaan Johor pada 4 Jun 2009 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Johor.

Isu sensitif ini menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan rakyat beragama Islam. Ini berikutan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Turut dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam ialah Baitullah dan Kaabah. Bagaimanapun penggunaan kalimah Allah perlu disertakan penafian serta lambang salib di atas bahan cetakan dan khusus digunakan penganut Kristian sahaja.

Rakyat pula memberi reaksi positif kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu terbabit.

Mereka memuji tindakan Tuanku Sultan Johor yang bertegas dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Kalimah Allah – DAP Zahir Kesyukuran ‘Doa Di Terima’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker