UMNO Kelantan Ikut Keputusan MKT
UMNO Kelantan Putuskan Hubungan Dan Kerjasama Dengan PPBM
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan hari ini membuat keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PPBM.
Menerusi satu kenyataan media, UMNO Kelantan turut menyatakan sokongan kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan 4 perenggan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sudah cukup memberi mesej jelas kepada ahli UMNO Kelantan.
Keputusan MKT UMNO memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PPBM dijangkakan menjadi topik hangat menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) Sabtu dan Ahad ini.
Kontroversi yang melanda UMNO sejak awal tahun 2021 mengenai kerjasama bersama PPBM bakal jadi perbahasan malah besar.
Siapa Terciduk Bila ‘Tok Mat’ Buka Mukadimah
Presiden perlu konsisten dan tegas dengan keputusan yang dicapai dalam PAU2020.
PAU2020 yang akan dilakukan secara maya tahun ini turut dikatakan menjadi perhimpunan terakhir sebelum PRU15 diadakan.
Pemilihan dalam UMNO juga berpotensi untuk jadi sebahagian topik perbahasan.
Ahli Umno sudah pasti mahu kepimpinan yang bakal menerajui UMNO kali ini bersikap lebih tegas dan berani membuat keputusan terbaik untuk parti.
Tiada Kerjasama Dengan PPBM PRU15 – Ismail Sabri