Siapa Terciduk Bila ‘Tok Mat’ Buka Mukadimah

‘Tok Mat’ Sahkan Keputusan MKT Ikut Suara Akar Umbi Umno

Semalam Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hasan mengesahkan keputusan MKT Umno merupakan suara akar umbi Umno.

Kelmarin Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan sepucuk surat ‘SULIT’ keputusan MKT Umno.



Kenyataan Timbalan Presiden Umno

Keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dipengaruhi mana-mana individu, sebaliknya keputusan akar umbi termasuk daripada bahagian-bahagian UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk mengatakan keputusan tersebut bukan datang daripada suara akar umbi adalah tidak benar kerana ia juga diputuskan pada mesyuarat perwakilan bahagian.

“Lebih daripada 100 bahagian memutuskan, bila lebih daripada 100 itu maknanya majoriti la kan. Jadi kita ada 191 bahagian, majoriti menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama selepas Parlimen dibubarkan tetapi mendokong Perikatan ini terus sehinggalah Parlimen dibubarkan.

“UMNO ini satu parti yang matang, penolakan bukan kerana sesiapa. Yang saya katakan tadi kita tidak bersama semasa pilihan raya bukan satu dua orang punya keputusan, 100 lebih bahagian, tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan di Seremban hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.” – Utusan Online

Semalam MT PPBM pula memutuskan untuk memandang serius keputusan MKT Umno dan implikasi dari tindakan tersebut. PPBM juga akan meneruskan fokus bersama sekutu lain dalam Perikatan Nasional.

Ketereh Bertukar Jadi Spekulator Siapa?

Tepis Cerita ‘Jajaran Baru’

Dengan apa yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, ia dapat ‘menutup mulut’ segelintir pemimpin Umno yang cuba mengelirukan ahli Umno dengan ceritera ‘Jajaran Baru’.



Sebelum ini pelbagai dakwaan serta spekulasi dimainkan seolah Umno bersedia berkerjasama dengan DAP. Malah lebih memburukkan keadaan, ada pula yang menyatakan surat sokongan telah dibuat Umno bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Perdebatan hangat mengenai topik yang digembar-gembur sebenarnya memberi banyak kelebihan buat Umno. Tekanan yang cuba diberikan telah ditangani dengan baik sekali malah menggegarkan PPBM pula.

Cabaran Terbesar Umno

Kini Umno perlu fokus kepada usaha memperkuatkan parti dan pembaharuan dasar. Rejunivasi parti perlu diimplimentasi bagi membolehkan Umno kembali relevan untuk rakyat keseluruhannya.

Pru15 merupakan cabaran terbesar buat Umno selepas berjaya mengharungi pilihanraya kecil dengan cemerlang pada zaman Pakatan Harapan.



Kerjasama dengan PN: Mesyuarat UMNO Bahagian ambil kira pandangan akar umbi

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading